Abdul Samad Ismail

Ti Wikipédia, énsiklopédia bébas
(dipindahkeun ti Pak Samad)
Luncat ka: pituduh, sungsi
Panneau travaux.png Artikel ieu keur dikeureuyeuh, ditarjamahkeun tina basa Malayu.
Bantosanna diantos kanggo narjamahkeun.

Tan Sri Abdul Samad Ismail (18 April 1924 - 4 September 2008) merupakan tokoh kewartawanan terkemuka di Malaysia. Beliau juga tokoh sasterawan dan pejuang bahasa Melayu, aktivis politik dan kesatuan sekerja, pejuang hak asasi selain menjadi pembekal senjata kepada pejuang kemerdekaan Indonesia dalam tahun 1940-an. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dua kali iaitu oleh British sebelum dan juga selepas kemerdekaan selepas kematian Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1960-an.

Biodata[édit | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 18 April 1924 di Singapura. Anak ke-8 daripada 16 adik-beradik. Bapanya Ismail Shairazi dan ibunya Aida Abdul Majid, keturunan Jawa, Indonesia. Bapanya merupakan guru besar di sekolah Melayu Singapura , penulis pelbagai artikel berbahasa Melayu .

Kartunis Lat menggambarkan beliau sebagai tokoh bermisai tebal dan bercermin mata serta menghisap rokok.

Isteri pertamanya Puan Sri Hamidah Hassan juga merupakan bekas pemberita di Singapura. Anaknya Nuraina Samad merupakan penulis blog yang terkenal dan pernah bersemuka dalam program Blog di RTM1. Anaknya Maria turut terlibat dalam dunia kewartawanan.

Politik dan kewartawanan[édit | sunting sumber]

Ketika berumur 16 tahun selepas tamat Senior Cambridge, beliau menjadi pemberita kadet di Utusan Melayu di Singapura. Dari situ, Samad Ismail mendapat bimbingan daripada Abdul Rahim Kajai . Semasa pendudukan Jepun dari tahun 1941 hingga 1945, Tan Sri Samad pernah menjadi ketua pengarang Berita Malai iaitu gabungan Utusan Melayu dan Warta Melayu .

Di dalam zaman penjajahan Jepun , beliau bekerjasama dengan wartawan Ibrahim Yaakob dan Kesatuan Melayu Muda bagi memperjuangkan kemerdekaan Indonesia . Beliau juga menjadi ahli pengasas Parti Kebangsaan Melayu yang menuntut kemerdekaan Malaya ketika itu.

Pada tahun 1946 iaitu apabila British kembali menjajah Tanah Melayu, Abdul Samad Ismail menjadi penolong ketua pengarang Utusan Melayu . Kemudian beliau dipenjarakan oleh British di kem Pulau Sekijang Pelapah ,Singapura dari tahun 1951 hingga 1953 kerana beliau telah disyaki membantu komunis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Pada masa itu, Yusof Ishak telah melantik Lee Kuan Yew menjadi peguambela kepada Abdul Samad. [1]

1953 selepas dibebaskan, beliau bersekongkol dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew , menulis draf perlembagaan parti dan manifesto parti.Bekas tahanan, Devan Nair (bekas Presiden Singapura) turut berunding untuk menubuhkan PAP pada 1954. Apabila Tanah Melayu merdeka 1957, beliau tidak sehaluan lagi dengan Lee Kuan Yew dan meninggalkan PAP.Lee Kuan Yew melantik Yusoff Ishak menjadi Presiden Singapura yang pertama setelah beliau meninggalkan Utusan atas desakan anggota Jabatan Pengarang dan kakitangan Utusan Melayu di Kuala Lumpur dalam tahun I959.

1957 dihantar menjadi koresponden di Jakarta, Indonesia. Ini berikutan beliau berkrisis dengan ketua pengarang Utusan Melayu , Yusof Ishak.Sebenarnya Lee Kuan Yew tidak senang dengan Samad yang bersekongkol dengan kumpulan kiri dalam PAP yang diketuai Lim Chin Siong.[2] Beliau kenal rapat dengan Tun Adam Malik, Menteri Luar Indonesia ketika itu. Kemudian menyertai New Straits Times di Singapura. Seterusnya menjadi editor dalam akhbar baru, Berita Harian pada 1958 dan pindah ke Kuala Lumpur. [3]

1976 Menteri Dalam Negeri Malaysia , Ghazali Shafie menahan Samad di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)selepas kematian Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Buku memoir Lee Kuan Yew , From Third World to First World mendakwa Samad menjadi ahli PKM sejak 1950 lagi. Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Abdullah Majid dan Abdullah Ahmad turut ditahan di bawah ISA. Tangkapan 'Tiga Abdul' hasil konspirasi dan maklumat 'sulit' yang disogok oleh Lee Kuan Yew ini mengejutkan rakyat Malaysia. Lee Kuan Yew berjaya menyekat Abdul Samad menanjak naik dalam politik Malaysia padahal sahabatnya dalam PAP dahulu.

Samad merancang gerakan yang membawa kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu Menteri Kewangan mengarahkan syarikat Straits Times memindahkan pemilikannya ke tangan rakyat Malaysia. Pada 17 Januari 1972 sekumpulan wartawan menghantar memorandum yang mengandungi fakta lengkap jumlah rakyat asing dalam Jabatan Pengarang Straits Times, pendapatan mereka dan keistimewaan yang mereka dapat yang jauh lebih baik daripada rakyat tempatan dan carta jabatan pengarang yang menunjukkan bilangan dan kedudukan wartawan asing di Straits Times termasuk dari Singapura.Nama The Straits Times ditukar menjadi New Straits Times (NST) .

Samad mengasaskan Hadiah Kajai iaitu hadiah tertinggi dunia wartawan Malaysia menerusi Institut Akhbar Malaysia (MPI) . Abdul Rahim Kajai merupakan mahaguru wartawan di Utusan Melayu.

Antara wartawan besar hasil bimbingan beliau ialah sasterawan dan wartawan Keris Mas, Osman Awang, Tan Sri Mazlan Nordin, Melan Abdullah, Osman Wok, Azhari Taib, Abdul Samad Idris, Osman Abadi dan ramai lagi.[4]

Kesusasteraan[édit | sunting sumber]

Pak Samad merupakan antara tokoh pengasas Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang memperjuangkan hak dan kebebasan orang Melayu 1950-an. Beliau juga aktif dalam Persatuan Penulis Nasional (PENA), Persatuan Penulis-Penulis Kebangsaan dan membantu menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka 1956.

1976-1981 beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika era Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau dituduh berkomplot menggulingkan kerajaan Malaysia dan Singapura. 1981 sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri , beliau dibebaskan bersama ramai tahanan ISA yang lain.

Ogos 1981 beliau dilantik menjadi penasihat akhbar The Star. November 1982 menjadi penasihat editorial New Straits Times. 1988 beliau bersara dari dunia kewartawanan .

Novel beliau yang diterbitkan ialah 'Patah Sayap, Terbang Jua' dan 'Tembok Tidak Tinggi' iaitu kisah pengalaman beliau semasa pendudukan Jepun.

Anugerah[édit | sunting sumber]

1976 beliau dianugerahkan 'Hadiah Pejuang Sastera' oleh kerajaan Malaysia. Tetapi ditahan semula di bawah ISA oleh Menteri Dalam Negeri , Tan Sri Ghazali Shafie.

Pada 1988 beliau dianugerahkan 'Tokoh Wartawan Negara' anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI). 1994 menerima Anugerah Ramon Magsaysay bagi Kewartawanan, Kesusasteraan dan Seni Komunikasi Kreatif.

Tahun 2000 buku 'A Samad Ismail:Journalism and Politics' diterbitkan . Buku ini merupakan artikel berkaitan beliau yang ditulis oleh isteri pertamanya Puan Sri Hamidah Hassan, Tan Sri Melan Abdullah dan lain-lain. Penyusunnya ialah Cheah Boon Kheng.

Kematian[édit | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2008 beliau telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur akibat jangkitan paru-paru dan meninggal dunia pada hari Khamis 4 September 2008. [5]

Karya dan kajian tentangnya[édit | sunting sumber]

  1. Memoir di Singapura, UKM, 1993.
  2. Kail panjang sejengkal : Teks Publishing , 1986.
  3. Patah sayap terbang jua ,Teks Publishing, 1986.
  4. Menimba yang jernih ,Teks Publishing, 1986.
  5. Tembok tidak tinggi ,Teks Publishing, 1986.
  6. Hud ,Creative Enterprise, 1995.
  7. Journalism and politics , editor Cheah Boon Kheng,Utusan Publications & Distributors, 2000.
  8. Antara pemikiran / diselenggarakan oleh A. Karim Abdullah: Fajar Bakti, 1997.
  9. Belahan jiwa : wanita dalam novel A. Samad Said / Rosnah Baharudin. DBP, 2000.
  10. Abdul Samad Ismail: bapa tiga zaman / Lily Haslina Nasir :DBP, 1999.
  11. Abdul Samad Ismail: ketokohan dan kewartawanan / diselenggarakan oleh A. Karim Haji Abdullah ,DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991.
  12. Galakan membaca : untuk kanak-kanak dan remaja / terjemahan A.Samad Ismail.,DBP, 1983.
  13. Menyorot : Karir, peranan, pandangan, latarbelakang Abdul Samad Ismail., Bachtian Djamily: Pustaka Budiman, 1985.

Rujukan[édit | sunting sumber]

  • A. Karim Abdullah (1997). Antara pemikiran A. Samad Ismail. Shah Alam, Selangor : Fajar Bakti.
  • Cheah Boon Kheng (1987 / 2000). A. Samad Ismail : journalism and politics. Kuala Lumpur : Utusan Pub. & Dist.